Tiada Lagi Dentuman Bom, Tapi Diganti Dengan Krisis Kelaparan!

Pasca Perang Bukan Penamat Tapi Permulaan Mereka Berjuang Untuk Bangkit..
Ganjaran Berganda Sedang Menanti..!
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)
KENAPA BANTUAN KOTAK MAKANAN
INI PENTING?

Perang di Syria mungkin tidak lagi menjadi tajuk utama berita. Namun bagi jutaan rakyatnya, kesan perang masih terasa sehingga hari ini.
Dalam keadaan ekonomi yang rapuh dan musim sejuk yang mencengkam, ramai keluarga bergelut hanya untuk memastikan ada makanan untuk dimakan.
Pasca perang bagi mereka bukanlah kembali hidup normal, tapi ramai keluarga di Syria hari ini:

SETIAP HARI MEREKA TERPAKSA
IKAT PERUT..
Jujur, hari biasa pun mereka hanya makan apa adanya untuk hidup sehinggakan ada anak kecil terpaksa selongkar sampah kutip sisa makanan. Malah ada juga sebahagian dari mereka setia menunggu bantuan luar tiba.
Bayangkan, di mana mereka akan berteduh?
Dan apa yang akan mereka makan pada hari esok?
BANTU MEREKA ATASI ISU KELAPARAN:
Taja Kotak Makanan
Atas dasar itu, Cinta Salam Malaysia ingin mengajak semua pihak untuk sama-sama bantu saudara kita yang memerlukan dengan menaja kotak makanan.
Setiap keluarga akan menerima 1 kotak makanan dan dianggarkan dapat bertahan sehingga 2 ke 4 minggu (bergantung kepada saiz keluarga).
Sasaran:
RM350,000
Penerima Manfaat:
14,489 Individu
APA YANG ADA DALAM KOTAK MAKANAN?

DIMANA LOKASI AGIHAN?
Untuk makluman, lokasi agihan bantuan kotak makanan ini tidak hanya berfokus di Syria sahaja tapi ia juga membabitkan beberapa negara lain seperti dipaparkan di bawah:

KENAPA BUAT AGIHAN KOTAK MAKANAN
DI NEGARA LAIN JUGA?

BUKTI AMANAH KALIAN SELAMAT
DISAMPAIKAN..
JANGAN BIARKAN MEREKA TERUS MENUNGGU!

**Disclaimer: Untuk makluman, hasil dana dari kempen ini bukan hanya disalurkan buat saudara Syria saja, tapi juga akan diagihkan ke beberapa negara yang disasarkan seperti Palestin, Lubnan, Indonesia & Malaysia.
JEMPUTAN GANDAKAN PAHALA
Ramadan pada tahun ini, Cinta Salam Malaysia ingin menjemput tetuan puan beristiqamah melakukan kebaikan dengan mengumpul pahala setiap hari tanpa alpa.
Sistem khas yang kami gunakan ini akan membantu tuan puan untuk:
✅ Tidak terlepas peluang sedekah
✅ Istiqamah lakukan kebaikan
✅ Mudah & jimat masa
Nabi SAW bersabda:
“Amalan paling dicintai Allah SWT ialah amalan berterusan walaupun sedikit.”
(HR Muslim)
MARI BERISTIQAMAH LAKUKAN KEBAIKAN
Cara untuk daftar sistem ini:
1. Pilih pakej yang anda inginkan
2. Isi maklumat diri
3. Masukkan butiran kad kredit/debit
4. Sahkan info & selesai!













