#URGENT:
Bantuan Kecemasan Pasca Banjir Buat Sumatera Diperlukan!

Bencana banjir lepas mengakibatkan ribuan keluarga tiada makanan, air bersih & tempat tinggal..

#UPDATE: Situasi Terkini..!

🇮🇩 INDONESIA – SUMATERA

November 2025 lepas, banjir besar dan tanah runtuh telah melanda beberapa wilayah utama di Sumatera termasuk Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

Menurut laporan BNPB, dianggarkan sebanyak 1201 orang terkorban & 175,000 rumah rosak.

Bagaimana Keadaan Terkini Mangsa Yang Terkesan?

  • Tiada tempat tinggal kerana rumah rosak & dipenuhi lumpur
  • Tiada bekalan makanan, air bersih & barang kebersihan
  • Risiko penyakit meningkat, terutama dikalangan kanak-kanak & warga emas
  • Ramai terpaksa berhutang & meminta demi kelangsungan hidup 

Keperluan Mendesak Di Sumatera..
Hanya Kita Harapan Mereka!

Bagi meringankan ujian mangsa banjir, Cinta Salam Malaysia melancarkan kempen “Bantuan Kecemasan Pasca Banjir Sumatera”.

DANA DIPERLUKAN:
RM80,000

ANGGARAN PENERIMA:
300 Keluarga/1500 Individu


Antara Bantuan Yang Akan Diagihkan


Di Mana Lokasi Agihan Yang Disasarkan?


SOALAN NETIZEN:
“Mereka masih perlukan bantuan luar ke?”

Ya. Sangat perlu.

Walaupun air sudah surut, kesan banjir masih menghantui kehidupan harian mereka dan banyak lagi keluarga masih tinggal di khemah, rumah rosak dan terbengkalai.

Bantuan awal memang ada, tetapi tidak mencukupi untuk fasa pemulihan kerana kos untuk bina semula hidup terlalu tinggi bagi keluarga terjejas. Bukan itu saja, jumlah mangsa terkesan juga terlalu ramai menyebabkan ada sebahagian dari mereka tidak menerima sebarang bantuan.

Untuk makluman, fasa pasca banjir inilah saat yang paling kritikal yang mereka perlukan bantuan dari pihak luar agar dapat bangkit bina hidup semula.


Zizi Kirana Juga Sokong Misi Ini..!


Antara Bantuan Awal Yang Telah Berjaya Kami Sampaikan..


Jangan Biarkan Mereka Terus Menderita..

“Jika kita tidak dapat berada di sana, biarlah bantuan kita tiba sebagai harapan buat mereka…”