Tiada Lagi Dentuman Bom, Tapi Diganti Dengan Krisis Kelaparan Dikala Musim Sejuk!

Pasca Perang Bukan Penamat Tapi Permulaan Mereka Berjuang Untuk Bangkit..

Ganjaran Berganda Sedang Menanti..!

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)

KENAPA BANTUAN KOTAK MAKANAN
INI PENTING?

Perang di Syria mungkin tidak lagi menjadi tajuk utama berita. Namun bagi jutaan rakyatnya, kesan perang masih terasa sehingga hari ini.

Dalam keadaan ekonomi yang rapuh dan musim sejuk yang mencengkam, ramai keluarga bergelut hanya untuk memastikan ada makanan untuk dimakan.

Pasca perang bagi mereka bukanlah kembali hidup normal, tapi ramai keluarga di Syria hari ini:

  • Kehilangan sumber pendapatan tetap
  • Ikat perut kerana tiada bekalan makanan
  • Tinggal di kediaman sementara yang serba kekurangan
  • Bergantung kepada bantuan untuk keperluan asas harian

Tanpa sedar, musim sejuk yang sedang melanda saat ini menambah lagi penderitaan mereka.


HARI BIASA PUN IKAT PERUT..
INIKAN PADA MUSIM SEJUK & RAMADAN NANTI!

Jujur, hari biasa pun mereka hanya makan apa adanya untuk hidup sehinggakan ada anak kecil terpaksa selongkar sampah kutip sisa makanan. Malah ada juga sebahagian dari mereka setia menunggu bantuan luar tiba. 

Untuk makluman, suhu akan terus menurun sehingga boleh mencecah paras beku apabila tiba waktu kemuncak. Paling tragis, khemah tempat mereka berteduh berisiko rosak & runtuh akibat ribut salji.

Bayangkan, di mana mereka akan berteduh? 
Dan apa yang akan mereka makan sepanjang musim sejuk & Ramadan ini?


BANTU MEREKA MENGHADAPI MUSIM SEJUK:

Taja Kotak Makanan 

Atas dasar itu, Cinta Salam Malaysia menerusi Kempen Musim Dingin bersama Kasih Ramadan: Bantuan Kotak Makanan 2026 ingin mengajak semua pihak untuk sama-sama bantu saudara kita yang memerlukan dengan menaja kotak makanan.

Setiap keluarga akan menerima 1 kotak makanan dan dianggarkan dapat bertahan sehingga 2 ke 4 minggu (bergantung kepada saiz keluarga).

Sasaran:
RM350,000

Penerima Manfaat:
14,489 Individu


APA YANG ADA DALAM KOTAK MAKANAN?

(Barang kering: Beras, Gula, Minyak Zaitun, Kurma, Spageti, Pes tomato, Kacang kuda, Gandum, Kacang Dal, Chicken Slice (Siniora) & Garam)

DIMANA LOKASI AGIHAN?

Untuk makluman, lokasi agihan bantuan kotak makanan ini tidak hanya berfokus di Syria sahaja tapi ia juga membabitkan beberapa negara lain seperti dipaparkan di bawah:


KENAPA BUAT AGIHAN KOTAK MAKANAN
DI NEGARA LAIN JUGA?


BUKTI AMANAH KALIAN SELAMAT
DISAMPAIKAN..


JANGAN BIARKAN MEREKA TERUS MENUNGGU!

**Disclaimer: Untuk makluman, hasil dana dari kempen ini bukan hanya disalurkan buat saudara Syria saja, tapi juga akan diagihkan ke beberapa negara yang disasarkan seperti Palestin, Lubnan, Indonesia & Malaysia.