“Lokasi Berbeza, Tapi Perjuangan Mereka Untuk Kelangsungan Hidup Tetap Sama..”

Kita mungkin tak pernah bertemu mereka, tapi sedekah kita serendah RM30 boleh jadi asbab mereka tersenyum semula..

#UPDATE: Perjalanan Terkini Program ‘Jejak Kita’..!

KEMBOJA 🇰🇭

Menurut laporan Bank Dunia, kadar kemiskinan di Kemboja kembali meningkat selepas tahun 2020, dengan kira-kira 460,000 orang berada di bawah garis kemiskinan.

Di sana, masih ramai keluarga yang hidup serba kekurangan dan bergantung dengan bantuan luar, terutama dari segi makanan, air bersih dan kemudahan pembelajaran.

Pada bulan Ogos lalu, sukarelawan Jejak Kita telah menjejakkan kaki ke Kemboja untuk proses agihan bantuan makanan panas dan telekung. Dalam masa yang sama, para sukarelawan juga turut terlibat dalam projek telaga air, penambahbaikan sekolah serta program bersama anak-anak di sekolah serta madrasah.

SEMPORNA, SABAH 🇲🇾

Menurut Laporan Kemiskinan di Malaysia 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Sabah kekal sebagai negeri dengan kadar kemiskinan mutlak tertinggi di Malaysia, iaitu 17.7%, lebih tiga kali ganda berbanding purata nasional.

Pendapatan yang tidak menentu dan kekurangan kemudahan asas menyukarkan komuniti di pulau dan pesisir memenuhi keperluan harian. Kanak-kanak turut berdepan jurang akses pendidikan, khususnya mereka yang tidak mempunyai dokumen.

Alhamdulillah, pada September lalu, sukarelawan Jejak Kita telah berjaya menyalurkan barangan bantuan buat komuniti di sana. Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mereka dan menjadi tanda bahawa mereka tidak dilupakan.

ACEH, INDONESIA 🇮🇩

Banjir yang melanda Aceh pada penghujung 2025 telah menjejaskan kawasan penempatan dan kemudahan komuniti di Gampong Keude Bungkaih, Aceh Utara, melibatkan sekitar 200 keluarga atau 1,000 penduduk.

Kesan banjir turut menyebabkan tanah menjadi rendah dan tidak stabil, sekali gus meningkatkan risiko banjir berulang serta menjejaskan kemudahan pembelajaran agama dan aktiviti komuniti.

Sebagai usaha pemulihan pascabanjir, Cinta Salam Malaysia (CSM) bersama Global Humanity Network (GHN) Indonesia telah menyalurkan 20 lori pasir timbun dan membina sebuah balai pengajian berukuran 8 × 4 meter yang memberi manfaat kepada 103 individu.


Ini Jawapan Kenapa Cinta Salam Malaysia Lancarkan:
“KEMPEN JEJAK KITA”

Kempen Jejak Kita merupakan satu program yang menggabungkan sentimen pelancongan dan kesukarelawanan untuk memberi peluang kepada peserta turun padang serta melihat sendiri keperluan komuniti di kawasan lapangan yang disasarkan.

Melalui program ini, Cinta Salam Malaysia mengusahakan bantuan makanan, pendidikan, kebersihan dan kemudahan asas di tiga lokasi:

Sasaran Bantuan:
RM50,000

255 keluarga (1,275 individu)

Aceh, Indonesia: 55 keluarga (anggaran 275 individu)

Kemboja: 100 keluarga (anggaran 500 individu)

Semporna, Sabah: 100 keluarga (anggaran 500 individu)


Bantuan disalurkan mengikut keperluan komuniti. Dana bantuan dikumpulkan secara berasingan daripada bayaran trip sukarelawan.


Antara Bantuan Yang Akan Disampaikan


Bukti Bantuan Awal,
Sudah Ada Jejaknya Di Kemboja..

Baru-baru ini, Misi Jejak Kita ke Kemboja telah dijalankan. Antara bantuan yang direkodkan oleh Cinta Salam Malaysia ialah 100 kotak makanan, 60 kit ibadah berupa telekung, 150 hidangan makanan panas, sebuah telaga air dan elaun untuk 22 orang guru.


Apa Akan Jadi,
Jika Usaha Ini Tidak Dapat Diteruskan?

Bagi keluarga yang bergantung pada pendapatan harian, kekurangan makanan dan keperluan asas menambah beban yang sudah sedia ada mereka tanggung.

Anak-anak pula berisiko tercicir apabila alat pembelajaran, sokongan guru dan akses pendidikan masih terhad. Kekurangan air bersih serta keperluan kebersihan turut menjejaskan kesejahteraan komuniti.

Jujur, bantuan kita sedikit sebanyak dapat meringankan beban banyak keluarga. Ya, kita mungkin tak mampu selesaikan penderitaan mereka semua sekaligus tapi kita masih boleh bantu mereka teruskan kehidupan dengan lebih baik.

“Jika kita tidak dapat ikut melangkah bersama mereka,
biarlah sedekah kita meninggalkan jejak kebaikan buat mereka..”

“Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi mana hamba itu menolong saudaranya.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2699)


Ada yang melangkah membawa tenaga, ada juga yang menghulur dari sini melalui sedekah..

“Dua jalan berbeza, satu jejak kebaikan yang sama..”

Insya-Allah, setiap bantuan yang disampaikan bukan saja dapat meringankan penderitaan mereka tapi turut menjadi ladang pahala buat kita.