Dua Lokasi Berbeza, Tapi Penderitaan Mereka Seakan Sama!

(Syria dan Palestin mungkin berbeza tempat, tapi keluarga di sana masih berdepan kekurangan makanan dan keperluan asas..)

UPDATE: Situasi Terkini..!

SYRIA 🇸🇾

Selepas bertahun-tahun melalui konflik, keadaan kebanyakan saudara di Syria masih belum pulih sepenuhnya. Mereka sedang cuba membina semula kehidupan selepas perang tamat. Ketika ini, mereka masih berdepan dengan kekurangan makanan, akses air bersih & ubat-ubatan.

Menurut data dari UNICEF, hampir 16.5 juta orang di Syria masih memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk 9.1 juta orang yang sedang berdepan kebuluran.

PALESTIN 🇵🇸

Di Palestin, saudara kita masih berjuang untuk hidup dan keperluan harian juga kian mendesak.

Hampir 2.1 juta penduduk Palestin memerlukan bantuan makanan dan akses air bersih yang semakin sukar untuk didapati.

Bukan itu saja, keperluan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan juga berada pada tahap kritikal sedangkan saat ini masih ramai kanak-kanak memerlukan rawatan dan kekurangan nutrisi.


Sebab Itu, Cinta Salam Malaysia Lancarkan:
“KEMPEN SALAM 4 SYRIA & PALESTIN”

Agihan bantuan ini perlu dibuat segera kerana keperluan asas di Syria & Palestin masih belum pulih sepenuhnya. Banyak keluarga masih bergantung kepada bantuan luar untuk meneruskan hidup, terutama bagi mendapatkan bekalan makanan, air, perlindungan dan rawatan.

Sasaran:
RM305,000


Antara Barang Bantuan Yang Akan Diagihkan


Apa Akan Jadi, Jika Tiada Yang Bantu?

1

ISU KELAPARAN & MALNUTRISI MENINGKAT 

2

TIADA AKSES KEPADA KEPERLUAN ASAS

3

MASA KECIL KANAK-KANAK KIAN TERJEJAS

4

BEBAN EMOSI DAN TRAUMA BERTAMBAH

5

PELUANG UNTUK BANGKIT MENJADI SEMAKIN KECIL


“Jika kita tidak dapat berada di sana,
Biarlah bantuan kita tiba sebagai harapan buat mereka..”

Kejar Kebaikan Bantu Saudara Memerlukan:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat…”
(Riwayat Muslim)